Angan-angan Saya Untuk Birthday Yang Akan Datang





Kan best kalau birthday yang akan datang nanti saya sambut dengan orang yang tersayang... Kebetulan jatuh pada hari ahad, so boleh la sambut dengan si dia... Dia cuti pun hari ahad... Haaa... Bagus la tu kan... Dia mesti ada masa sebab dia cuti...

Kan best masa birthday saya nanti, dia orang 1st yang wish kat saya... Itu menandakan dia sentiasa ingat tarikh-tarikh yang penting antara kami berdua... Birthday die 29 April... Saya ingat lagi... Dah set da pun kat dalam fon...

Kan best masa birthday tu nanti, kami sambut kat tepi pantai... Dan pantai tu jugak ade sunset time tu... Hmmm... Kat mane ek boleh dapat pantai yang dekat-dekat ni... Kalau tak kat Kuala Perlis, kat RnR Bagan Ajam pun boleh jugak... Tempat tu pun menarik... Angin pun selalu bertiup... Kalau nak snap gambar pun cantik pemandangan dia... And sesuai untuk tempat couples bermadu kasih.... hikhikhik

Kan best masa birthday nanti saya dapat hadiah jam warna pink... Setakat ni jam warna pink saya tak de lagi... Saya nak jam warna pink sebab pink tu cantik sangat... Lembut je warna dia... Saya tak suka beli jam sendiri sebab saya tak pandai pilih yang cantik dan bergaya...

Kan best kalau semua impian nie akan menjadi realiti pada ulangtahun kelahiran saya yang akan datang nanti.... Best nye !

*kat atas tu sume nye kek2 yang menjadi idaman 1 hari nanti



Rindukan Bez Frens Masa Zaman Sekolah...-Geng Yasbew-

kyna-yanne-vda-bella







jadi spiderman kejap... hikhik

time ni ade minggu aktiviti...so kitorang yang form 5 ade aktiviti explorace..tu yang kene pakai baju warna hitam...

sebelum berikrar sebagai form 5 students...






ni kasut untuk mock interview (temuduga olok-olok)... yang hujung skali tu kasut wida, then nuna, then yanne...kina punye takde sebab gambar ni saje2 ambil sebab nak tunjuk kasut baru... hikhik...

1. wida-interview untuk jawatan doktor
2.nuna-interview untuk jawatan cikgu maths
3.yanne-interview untuk jawatan pharmacists


cute tak? bears ni, wida yang bagi tanda persahabatan kami berempat selama 2 tahun kat mrsm kepala batas,penang...sampai skang ade lagi bear tu...


ni pulak masa sambutan hari raya aidilfitri untuk peringkat maktab...


ni pulak masa volunteer nak jaga kaunter pendaftaran...masa ni pelajar2 form 4 n form 1 baru nak daftar...

merakamkan saat- saat terakhir sebelum berpisah untuk membawa haluan masing-masing setelah sekian lama bergelar student....


lagi sowang hilang ke mana tah.. time ni hari graduasi untuk pelajar form 5..




nuna sayang sangat bezfren nuna ni sebab dowang memang sekepala ngan nuna... ingat lagi... kalau sorang ponteng prep, semua ikut...kitowang tak nak sowang2 je kene denda..(tu pun kalau kene la)...bia same2 kene denda...ade 1 hari tu,kitowang tak pegi prep, cube (bilik) memang kene tutup semua lampu...kitowang sanggup bergelap tak nak pergi prep...yang kelakarnye, ade 1 warden datang sebab die rasa cam ade orang tak pergi prep...so bile die lalu kat depan cube kitowang, ade yang nyorok tepi locker la, bawah katil la, tapi yang x bleh bla nye, nuna ngan wida nyorok bawah selimut je...auhhh...panas nye! da la gelap...hikhikhik..memang kelakar time tu... tak leh dilupakan sampai skang..

pastu kalau time makan, memang suke duk same2 la... tapi dowang ni suke jles ngan nuna sebab nuna tak makan nasi, so selalu dapat ayam dua ketul ngan abang ds (dewan selera)...hikhikhik...tapi kadang2 nuna bagi kat dowang gak..tu pun kalau dapat yang bahagian nuna tak suke...hikhikhik...jahat nye nuna...

pas tu ade 1 hari tu time SPM... kitowang buat keputusan nak fly guna van sapu...mula-mula tu takut la jugak, tapi disebabkan nuna yang yakinkan dowang, dowang ikut jugak...hikhikhik...jahat kan nuna ? tapi malangnya, tak lepas pun...mak cik guard tu die check van tu sebelum keluar...hmmm..baru nak enjoy2 kat luar....

akhir kata, hopefully persahabatan kami tak terhenti kat maktab je...mintak2 kami tak terputus hubungan sebab kami dah mencipta banyak kenangan bersama...

NUNABELLA LURVE YASBEW FOREVER !





I Like This Song !

Lirik die sangat mendalam maksudnya... Boleh menyedarkan sesiapa yang tengah bercinta...

Takdir Cinta - Rossa

ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati
yang mengalir lembut

penguasa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh
pada sumur dosa
yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku

andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta
kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa

biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia
bukan ku yang mau
oh Tuhan
tuntunlah hatiku

Minat saya pada seni lukisan dah bermula


Masa Form 3 dulu cikgu seni suruh semua pelajar lukis gambar komik, so nak dijadikan cerita, x ramai yang tau melukis masa tu..cikgu pun suruh kitorang semua lukis berdasarkan tiru komik...
Kelakar la jugak lukisan masing2..hikhik


Nuna pun tak tau melukis jugak.. Tapi bila memikirkan markah lukisan tu akan dimasukkan dalam pointer semester nanti, terpaksalah jugak Nuna melukis.. Nuna selalu buat benda berdasarkan minat.. So Nuna wujudkan minat dulu pada gambar yang Nuna akan lukis.. Akhirnya, jadi jugak lukisan Nuna tu.. Bila hantar kat cikgu, then dapat balik, Nuna dapat markah 8/10...Hikhikhik... Hepy la jugak time tu.. Yela, Nuna tak pernah melukis, tiba-tiba dapat markah cam tu... Great! (puji diri sendiri plak)


Bila balik umah, Nuna tunjukkan lukisan tu pada ibu, abah, kakak, dan adik..Tau tak apa reaksi diorang? Diorang tanye,sape bagi lukisan tu? Diorang tak caye la kalau Nuna yang lukis..Nuna mana pernah melukis..Bila dah gitau, kakak ngan adik plak yang jealous sebab diorang memang tak reti melukis langsung..hekhek...Sejak daripada tu, bila ade keje kakak dan adik Nuna yang melibatkan lukis-melukis, Nuna yang jadi pelukisnya...Hikhikhik...Agak bangga la jugak..


Lama-kelamaan, kerja yang Nuna tak pernah buat ni dah jadi minat dalam diri Nuna.. Kadang-kadang bila Nuna tak tau nak buat apa, Nuna melukis... Seronok jadinye... Sampai sekarang, Nuna still kekalkan lukis-melukis ni sebagai satu hobi dan minat...


So,kesimpulannya kat sini, setiap apa yang kita nak buat, kita tak boleh ikut perasaan negatif macam aku tak pandai la, aku tak suka la, boring la, etc..sebab kalau kita tak cuba, kita tak kan tau hasilnya macam mane nanti..Di samping itu juga, buat la sesuatu benda tu berdasarkan sebab kita ingin cuba sesuatu benda yang baru yang tak pernah kita buat.. Mesti kita akan rasa seronok sebab kita tak pernah cuba benda tu, tapi bila dah buat, seronok and best jadinya...







Sedapnya Cekelet.......

Jeng jeng jeng......... Cekelet tu Coklat la!! Masa zaman kanak-kanak dulu, Nuna panggil cekelet...Comel je bunyi die kan? Hikhikhik... Hari ni Nuna nak kongsikan serba sedikit tentang coklat.. Ada macam-macam jenis coklat...

COKLAT CAIR
Ia diperbuat daripada ekstrak coklat. Keadaannya sudah tentulah dalam keaadaan cair. Biasanya digunakan untuk menambah aroma pada kek, puding atau minuman.

COKLAT PAHIT TANPA PEMANIS
Ia tidak mengandungi gula, sering digunakan dalam masakan dan menjadikan coklat yang terbaik untuk pencuci mulut. Coklat ini juga sering digunakan sebagai coklat masak untuk memebuat kek. Kandungan kalorinya bagi setiap 100 gram adalah 504 kalori.

COKLAT SUSU
Mengandungi 1% koko dan lebih gula. Ia sangat disukai oleh kanak-kanak kerana rasanya yang manis dan lembut. Coklat ini juga mengandungi antioksidan yang rendah.

COKLAT PUTIH
Coklat ini tidak dianggap coklat kerana ia tidak mengandungi koko. Coklat ini diperbuat daripada gula, minyak, coklat susu dan sebagainya. Ia lebih banyak digunakan sebagai hiasan kek.

COKLAT PEKAT
Rasanya lebih pekat, berwarna gelap dan mengandungi bahan kimia yang berkhasiat untuk kesihatan. Tidak mengandungi susu dan 15% adalah coklat cair.

Apa?? Saya Nampak Tua?? TIDAK!!!

Mesti ada antara korang yang pernah alami keadaan cam ni kan? Rasa cam dah malas nak kuar umah pas ni...even untuk pergi kolej yang tak jauh mana pun kan? So, tak kan kita nak berdiam diri je? Kene la cari penyelesaiannya jugak. Yang penting lepas nie kita bleh buat kejutan kat diorang. Mane la tau, kot2 ada yang ingat kita masih di bangku sekolah lagi...ala2 belasan tahun gituh..hikhikhik..Jom baca tips2 yang Nuna nak kongsikan ni...

Miliki penyamar noda
Mulai sekarang, korang kene slalu pakai penyamar noda. Dah namanya pun penyamar, mesti la digunakan untuk menyamar kan? Tapi menyamar dari segi menutup kekurangan kat muka kita la.. So, kat mana tempat2 kekurangan tu? Emm..antaranya mata! Sapukan penyamar noda tu kat sekitar mata untuk menutup masalah gelung hitam di bawah mata. Then, sapukan juga sedikit kat hujung sudut mata, sudut tepi hidung, dan sedikit lagi kat atas bibir. Cuba try! Mesti wajah korang nampak lebih muda dan bertenaga lepas nie..

Seluar 'jeans' satu kemestian
Kenapa? Sebab, die bleh buatkan buttock korang nampak mantap. Hikhikhik...Kalau buttock korang nampak gelebeh or lebih sedap dipanggil kendur, tak ke nanti nampak cam buttock orang yang dah beranak? hihihi...Korang nak ke? Mesti tak nak kan... So, cam ne nak hasilkan ilusi buttock yang nampak mantap? Senang je la...Check dulu label seluar sebelum membelinya. Pastikan seluar tersebut ada keupayaan untuk meregang sekurang-kurangnya 2% (seperti fabrik Lycra). Tapi, seluar yang fabriknya adalah kapas iaitu melebihi 98%, ia akan meregang serta-merta semasa korang pakai dan jugak tak mampu begi sokongan pada buttock korang. Maknanya, jangan la beli jeans yang tinggi kandungan kapasnya iaitu melebihi 98%..

Kene pakai blusher jugak?
Yep, kene pakai! sebabnya, semakin usia meningkat, pipi kita pun akan surut ke bawah. Dah tak comel dah...Make sure korang pilih pemerah pipi rona merah jambu terang. Then, sapukan pada tulang pipi secara menyerong ke atas. Dengan cara ini, pipi korang akan nampak cam 'naik' sikit...

Jangan abaikan bibir!
Tak bermakna korang kene pakai lipstik...Lipstik ang berona gelap atau daripada jenis matte hanya akan menampakkan lagi 'ketuaan' korang..Jangan pakai lipstik tu taw! Gantikan dengan memakai lipgloss yang berwarna pink lembut rona warna cerah yang lain sebab ia bole membuatkan bibir kelihatan "penuh' dan licin, dan penampilan yang lebih muda...


Emmm...sebenarnya banyak lagi, tapi macam tak sesuai je nak dikongsikan sebab kita kan still remaja..tak payah try yang tak kene ngan usia kita...So,try2 lah tips ni..Mesti lepas nie orang akan ingat korang adalah adik masa keluar ngan adik korang..Padahal, korang kakak! hikhikhik...



AUCHHH!! Gigi Saya!!!!

Ada antara kita yang mempunyai masalah gigi.. Disebabkan itu, kita berasa segan untuk menjadi 'pot-pet gurl'..Betul tak? Sekarang ni, Nuna sure sangat, mesti ade antara you all yang keliru sama ada nak pakai braces ke, gigi palsu ke, or implan gigi.. Betul tak? So, Nuna ade maklumat ckit nak share ngan you all.. Tapi tak payah citer panjang2 kot sebab mesti la you all da tau ape kebende tuh..Nuna juz gtau ape risiko2 lau korang pilih cara tu keh?



Kalau pakai pendakap gigi (braces)
Make sure pergerakan gigi korang tak aktif (terlalu jarang) sebab kalau terlalu aktif, boleh menyebabkan akar gigi korang mati n tertembus keluar dari tulang rahang. wuuu..Sakit tuu.. Tapi situasi ni jarang berlaku. Namun, doktor gigi akan sentiasa mengingatkan si pemakai untuk lebih berjaga-jaga..emmm



Kalau pakai gigi palsu
Ada lagi ke yang pakai gigi palsu? Hikhikhik.. Ade kot..tapi yang betul2 xde gigi disebabkan accident la kan..emmm..Biasanya, orang yang pakai gigi palsu akan lebih terdorong untuk merasa loya.. Pemakaian gigi palsu boleh menyukarkan proses berkomunikasi dan membuatkan si pemakai susah nak mengunyah...Maknananya, kalau nak makan, kene tanggalkan dulu la.. hek2..ok gak tuh..xde la gigi tu kotor nanti..betul tak?



Kalau buat implan gigi
Risiko implan gigi ni pulak, tulang rahang boleh menjadi gagal bergabung dengan tiang implan gigi yang ditanam. Punca ni la yang menyebabkan mengapa proses implan gigi gagal dilaksanakan..Better x payah la buat implan gigi..Lau pakai braces kan lawa..hihi