Keguguran tetapi tiada tanda-tanda pendarahan

Assalamualaikum w.b.t.

Entry ni adalah sambungan previous entry. Previous entry aku menceritakan berkaitan macam mana aku boleh detect yang kandungan aku bermasalah. Kalau nak baca, kena tekan kat older post bawah sekali k.

So selepas aku balik dari Emergency Hospital Kerajaan, suami call ibu mentua ku untuk menceritakan karenah doktor-doktor di sini.

Ibu mentua ku pun risaukan aku memandangkan ini adalah kandungan pertama aku. Risau pelbagai masalah timbul jika rahim ku tidak di rawat segera, dia menghubungi doktor O&G iaitu rakannya sendiri yang merawat sakit puan yang dialaminya dan menceritakan masalah aku.

Memang rezeki aku agaknya. Doktor Aruku adalah seorang pakar sakit puan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Beliau juga berkhidmat untuk KPJ Specialist Ipoh.

So selepas ibu mentua ku call, Dr.Aruku dapat detect memang janin aku dah mati. Apa yang ibu mentua ku cerita kepada doktor sama dengan cerita suamiku. Then, Dr.Aruku mintak kami datang segera berjumpanya di wad 1C Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mencuci dan keluarkan segera janin aku.

Dengan ditemani ibu mentua dan suami, kami menunggu Dr. Aruku di wad tersebut. Selepas doktor sampai, doktor panggil aku untuk scan balik kandungan aku.

Punya lah clear scan diorang weh. Diorang pun hospital kerajaan jugak tapi ok je scan diorang. Clear giler. Aku tak tau la kot kat bilik tu je scan yang ok. Tapi asal scanner kat Kulim and Merbau Pulas, Kuala Ketil punya la teruk hah? Tak clear sangat. Kantung pun ala kadar je nampak.

Tapi doktor ada la jugak cakap yang kena paham-paham sendiri barang kerajaan cam mane. Bukan setakat barang je, doktor-doktor pun boleh senang-senang je sebut 'kot' dan 'serta'. "Ni kot janin awak. Eh tapi bukan jugak. Saya rasa yang ni lah..'. Sakitnya hati aku dengar. Dah la kandungan aku problem, lagi menyinga la aku. Huh!

Ok sambung balik.

Lepas dah scan, Dr.Aruku memang cakap janin no heartbeat. Means that, dia takkan develop dah. Better cuci je terus dari ikut cakap Doktor kat Kulim suruh tunggu lagi 2 minggu. Dia cakap dia akan masukkan ubat melalui botol yang tergantung tu untuk buatkan aku bleeding.

Next entry aku akan ceritakan pengalaman cuci rahim guna kaedah D&C okay.

Salam.

^_^




No comments:

Post a Comment

Komen Plizz... NunaBella Likes Your Comments...