Assalamualaikum w.b.t.
Entry ni adalah sambungan entry lepas ye. Kalau nak baca, klik older post kat bawah sekali.
Esoknya aku tersedar dari tdo seawal jam 6.00 pagi sebab nurse nak ambik bacaan bp. Aku boleh tdo pun jam 2.00 pagi sebab tak biasa tdo hospital. Dalam fikiran fikir ade hantu tengah tengok kat tingkap la, ada hantu tengah tarik sampah kat tengah laman la. Hahaha. Tapi sebenarnya aku update blog. Pukul 2.00 pagi baru rasa ngantuk.
Kul 10.00 lebih Dr. Viknesh datang lagi ke katil aku. Dia tanya perkembangan darah aku macam mana. Aku cakap dah sikit. 1 pad tu hanya suku je penuh and baru sekali tukar. So dia kata, kalau macam tu dia ajak aku scan untuk last time untuk check darah banyak mana yang tertinggal lagi dalam rahim.
Selepas scan, rahim aku dah clear tapi tak sepenuhnya. Hanya tinggal lebih kurang 0.71 cm je lagi darah tak keluar. Doktor cakap dia akan keluar dalam masa 2 minggu. Kalau selepas 2 minggu masih ada pendarahan, aku perlu ke hospital untuk scan and check balik.
Balik dari scan, Sister datang and cakap aku dah boleh discharge sebab katil penuh and ada dua ke tiga orang lagi pesakit yang baru nak warded. Sister mintak suami aku datang segera untuk settle bil and discharge.
Sementara tunggu suami datang, aku mengemas and bersiap untuk balik. Belum pun habis mengemas, pesakit untuk katil aku dah menunggu kat tepi katil.
Aku dapat MC selama 8 hari termasuk dari mula aku masuk wad. Total aku masuk wad hanyalah 2 hari 1 malam. Total bil aku hanyalah RM15. Kos rawatan D&C aku tak tau berapa. Tapi total semua aku discharge RM15.00 sahaja. Punyalah suami get ready sampai RM300.00. Tapi kene RM15.00 je. Kerajaan weh... Kos perubatan murah... Dont worry ok.
Doktor menasihati aku untuk merancang keluarga dahulu lebih kurang 3-4 bulan sementara menunggu rahim aku sihat sepenuhnya. Tapi kebanyakan orang kata, kalau buat rawatan D&C nanti senang pulak untuk mengandung dengan syarat, pantang elok-elok and pastikan rahim betul-betul sihat sebelum bersama suami.
Doakan semoga kami akan dikurniakan rezeki zuriat lagi pada masa akan datang. Aminnn...
Buat baby mama and papa, kami redha pemergianmu sayang. Tunggu kami di Syurga ya. Doakan mama and papa dari Syurga taw. Mama rindu kehadiranmu di rahim mama sayang. Kami sayangkan kamu. Al-Fatihah.
Sekian.
Assalamualaikum w.b.t.
^_^
Kos Rawatan D&C dan Cuti Sakit (MC)
Pengalaman Cuci Rahim Guna kaedah masuk ubat dan D&C
Assalamualaikum w.b.t.
Entry ni adalah sambungan previous entry. Kalau nak baca klik older post kat bawah sekali.
Balik dari bilik scan, aku ditempatkan di Wad 1C. Selepas tukar baju yang diberikan, datang doktor pelatih untuk buat tempat masuk ubat kat tangan. Aku tak tahu la apa nama process tu. Aku dicucuk pada 6 tempat. Aku tak salahkan doktor pelatih sebab sememangnya sejak dari azali aku tahu urat aku memang susah dikesan dan dilihat. Kali ke 6 cucuk baru la ok.
Katil aku dekat ngan tingkap and time tu bukan waktu melawat. Suamiku menangis tengok aku dari luar tingkap 6 kali dicucuk baru ok untuk buat tempat masuk ubat.
Aku yang sakit jadi tak sakit dengan telatah suami. Alahai suami... Hati tisu betul! Hahaha. Aku bukan nak berlagak ke apa, tapi aku bab-bab darah and jarum ni ok je. Tak mudah mengalah and tak mudah menangis. Setiap kali dicucuk aku berselawat ke atas Nabi. Sakit memang sakit tapi sakit tu kan penghapus dosa. Ok la tu aku insan terpilih untuk rasa kesakitan tu. Kempis la sikit dosa aku kan. Haks!
Tak lama lepas tu, botol ubat yang tergantung tu pun datang. Aku usha botol tu mula-mula level 500ml. Tapi lepas ubat tu turun jadi 400ml ke 350ml (aku tak ingat dah), aku bleeding teruk giler.
Time bleeding tu aku rasa contraction. Setiap kali perut rasa contract, aku sakit. Sakit yang amat. Aku pun tergerak dalam hati, agaknya yang ni lah dikatakan contraction saat melahirkan baby. Alhamdulillah aku berpeluang rasa even aku tak berpeluang merasai pengalaman mengandung sehingga ke 9 bulan.
Selepas contraction aku dapat rasakan darah mengalir turun macam air paip. Sampai la satu saat aku nak turun dari katil sebab rasa macam nak terkencing, terus mengalir habis darah aku keluar dari pad, turun ke kaki dan akhirnya menitik-nitik kat atas lantai. Time tu aku pakai pad yang over flow + overnight brand Libresse. Plastic color purple. Pakai 1 keping je sebab aku tak expect darah aku nak leaking macam air paip. Terrrrlampau banyak!
Nasib aku baik sebab time tu ramai nurse pelatih dari KKM and UniKL yang tengah free. So aku panggil diorang, aku cakap saya leaking ni. Tak boleh nak control.
Datang staff nurse diorang tak bagi aku gerak. Diorang suruh aku naik balik atas katil, diorang tukarkan pad atas katil je. Hikhikhik. Malu I taw diorang tukarkan pad.
Tak lama lepas tu, doktor-doktor pelatih pulak datang. Diorang nak tengok darah yang ada atas pad aku. Pad yang banyak giler darah and darah beku tadi nurse letak dalam 1 plastik kuning yang diorang sediakan. Dah jadi macam bahan uji kaji pulak pad aku.
Katil aku pulak habis basah dengan darah. Penuh 1 katil! Baju and kain hijau yang aku pakai pun basah dengan darah aku weh! Terlampau banyak aku bleeding!
So lepas dah habis keluar semua darah termasuk yang beku-beku sebesar and sama seperti hati ayam bentuk and tebalnya, Doktor Pelatih Dr. Vikneshwaran assume that rahim aku dah clear habis. Tapi aku tak nampak pun janin aku. Aku rasa dia tak keluar lagi.
Lepas keadaan dah okay, katil ok, baju and kain pun okay dah tukar semua, Dr. Viknesh ajak aku ke bilik scan untuk scan lagi perut. Bila scan Doktor kata janin tak keluar lagi.
So, apa yang dia buat is......
Time tu ada Dr. Vikneshwaran and sorang Sister. Dont worry. Anda tidak akan keseorangan.
Aku dalam keadaan orang nak beranak kedua-dua kaki mengangkang and menongkat. Dr. Viknesh masukkan 1 alat macam mulut itik tu kat vagina aku. And then amik gunting ke amik ape tah. Masuk dalam mulut itik tu. Time tu aku boleh dengar bunyi doktor gunting-gunting apa tah kat dalam tu. Mulut itik tu kalau rasa sakit doktor tekan dalam sangat, bagi tau taw. Silap-silap boleh luka rahim korang.
Then, aku dengar Doktor kata, "here it is". Aku rasa janin aku dia dah dapat keluarkan la.
Alhamdulillah, tak sakit sangat teknik D&C tu. Maybe sebab doctor pesan kat aku berulang kali kalau sakit bagi tahu. Aku sakit masa dia tekan dalam sangat je mulut itik tu. Lepas dah keluar janin aku, doktor scan lagi. Nak tengok dah bersih ke belum rahim.
Tak bersih lagi.
Masuk lagi sekali mulut itik tu. Kali ni dia nak keluarkan darah-darah beku pulak. Dah habis dia keluarkan, scan lagi. Lega...... Bersih dah tapi tak sepenuhnya. Doktor cakap jangan risau, darah still akan continue keluar sekali yang beku tu.
So balik ke katil, aku ditolak dengan wheelchair. Aku dah pening mata berpinau pandangan pun kabur macam nak pengsan sebab terlampau banyak darah yang keluar tadi.
Sampai ke katil aku nampak suami. Hihihi. Terus hati girang dan gumbiranya! Rupanya dah sampai waktu melawat. Suami datang dia tukarkan lagi baju and kain sebab dalam bilik scan tadi aku leaking jugak sampai habis katil and baju.
Siap semua, aku rest dengan ditemani suami kat sebelah. Time ni rasa macam sayang giler giler giler kat suami sebab nampak muka dia risau sangat ngan aku. Muka aku pucat dengan nak pengsannya, dengan bleeding teruknya lagi. Tak habis-habis dia cakap, "ciannn dia..., ciannn dia...", sambil kepala diusap-usap. Hahaha.
Next entry aku akan update pasal discharge wad plak.
Salam.

Keguguran tetapi tiada tanda-tanda pendarahan
Assalamualaikum w.b.t.
Entry ni adalah sambungan previous entry. Previous entry aku menceritakan berkaitan macam mana aku boleh detect yang kandungan aku bermasalah. Kalau nak baca, kena tekan kat older post bawah sekali k.
So selepas aku balik dari Emergency Hospital Kerajaan, suami call ibu mentua ku untuk menceritakan karenah doktor-doktor di sini.
Ibu mentua ku pun risaukan aku memandangkan ini adalah kandungan pertama aku. Risau pelbagai masalah timbul jika rahim ku tidak di rawat segera, dia menghubungi doktor O&G iaitu rakannya sendiri yang merawat sakit puan yang dialaminya dan menceritakan masalah aku.
Memang rezeki aku agaknya. Doktor Aruku adalah seorang pakar sakit puan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Beliau juga berkhidmat untuk KPJ Specialist Ipoh.
So selepas ibu mentua ku call, Dr.Aruku dapat detect memang janin aku dah mati. Apa yang ibu mentua ku cerita kepada doktor sama dengan cerita suamiku. Then, Dr.Aruku mintak kami datang segera berjumpanya di wad 1C Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mencuci dan keluarkan segera janin aku.
Dengan ditemani ibu mentua dan suami, kami menunggu Dr. Aruku di wad tersebut. Selepas doktor sampai, doktor panggil aku untuk scan balik kandungan aku.
Punya lah clear scan diorang weh. Diorang pun hospital kerajaan jugak tapi ok je scan diorang. Clear giler. Aku tak tau la kot kat bilik tu je scan yang ok. Tapi asal scanner kat Kulim and Merbau Pulas, Kuala Ketil punya la teruk hah? Tak clear sangat. Kantung pun ala kadar je nampak.
Tapi doktor ada la jugak cakap yang kena paham-paham sendiri barang kerajaan cam mane. Bukan setakat barang je, doktor-doktor pun boleh senang-senang je sebut 'kot' dan 'serta'. "Ni kot janin awak. Eh tapi bukan jugak. Saya rasa yang ni lah..'. Sakitnya hati aku dengar. Dah la kandungan aku problem, lagi menyinga la aku. Huh!
Ok sambung balik.
Lepas dah scan, Dr.Aruku memang cakap janin no heartbeat. Means that, dia takkan develop dah. Better cuci je terus dari ikut cakap Doktor kat Kulim suruh tunggu lagi 2 minggu. Dia cakap dia akan masukkan ubat melalui botol yang tergantung tu untuk buatkan aku bleeding.
Next entry aku akan ceritakan pengalaman cuci rahim guna kaedah D&C okay.

Subscribe to:
Posts (Atom)