Bertekak Dengan Cashier Disebabkan Baucar Buku-Episod 1

Macam nie kisah nye...

Hari Jumaat baru-baru nie, sampai je kat Stesen Bas Butterworth setelah mendapat cuti dari UiTM Perlis sempena cuti raya Tahun Baru Cina, aku terus gerak ke Kedai Buku Hasani yang terletak kat Carrefour Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kenapa mesti Kedai Buku Hasani? Kenapa tak pergi je kat MPH Bookstore atau Popular Bookstore? Sebab, baucar buku tu aku dah tersalah tulis nama. Sepatutnya tulis nama berdasarkan IC, tapi aku tulis berdasarkan kebiasaan. Maksudnya, perkataan "Bt." tu sepatutnya ditulis penuh iaitu "binti", tapi aku buat yang sebaliknye, so Popular Bookstore tak nak terima sebab dia kata nanti diorang rugi sebab bank tak nak terima baucar yang nama tak ikut IC. Aku tau ni pun berdasarkan member-member yang dah pergi kat Popular Bookstore (PB) City Plaza, Alor Setar, Kedah. Tapi ada yang bernasib baik sebab time tengah beratur kat bookstore tu, ade some students lelaki naik angin kat cashier tu. Takkan la disebabkan perkataan "bt." and "b." tu, baucar tu tak nak diterima? Lepas dak2 laki tu bising, terus sume baucar diterima. Nasib baik dak2 laki tu ade. Kalau nak harapkan suara gadis-gadis yang beratur time tu, mau kene maki ngan cashier tu balik? Hahaha.. Anyway, thanks la to the boys...

Then, bila dah jadi hal yang remeh tu, aku berhasrat nak cuba nasib beli buku kat Hasani Bookstore. On the way nak sampai kat bookstore tu rasa takut la jugak sebab risau kalau baucar tu tak diterima disebabkan kesalahan ejaan perkataan "binti" tu. Masuk2 je dalam kedai buku tu terus pergi kat kaunter tanye bleh pakai tak baucar tu. Alhamdulillah, die tak tengok nama pun, die just tengok baucar je. Terus kata boleh. Yahooo!!! Bleh beli buku dah!! Aaasyik asyik! Hihihi.. ^_^

So, aku pergi la setiap rak buku TANPA meninggalkan satu rak buku pun semata-mata nak cari buku2 yang best. Seumur hidup setiap kali pergi kedai buku tak pernah lagi wat cam tu. Tapi kali nie, sanggup tengok kat setiap rak buku. Hahaha. Nak habiskan baucar buku RM200 tu punye pasal.

Mesti korang nak tau kan ape yang aku amik?

1st book : Ensiklopedia Solat -RM100 (diskaun 25%= RM75 je)
2nd book : 290 Nasihat Untuk Muslimah -RM20
3rd book : Huru Hara Hari Kiamat -RM55
4th book : Novel Cinta-Gemersik Kalbu -RM19.90
5th book : Novel Agama-Kau Hadir Dalam Munajatku-RM19.90
6th : 7 Colourful Pens -RM10.20
Total : RM200

Eh! Dua-dua novel tu akak aku punye ok? Aku tak layan r novel2 ni. Pen-pen tu pulak adik aku punye. Diorang tak dapat baucar, rasa kesian lak kalau diorang tak dapat barang2 free. Sekali diorang amik, yang mahal-mahal kau! Hahaha. Takpe2... aku tak kesah pun... Hasrat nak beli pensel mekanikal Pilot Shaker RM15 tak jadi plak sebab dah cukup RM200. Hehehe. Tak pe lah. Takde rezeki kan... ^_^

So, kitorang terus ke kaunter untuk bayar barang-barang tuh. Berat la nak pegang lame2. Maklumla, shopping kat kedai buku sampai RM200. (Padahal free je...Kehkehkeh).

Lepas cashier tu scan punye scan harga barang-barang tu, tiba-tiba terlebih plak RM200. Jadi RM211.25 plak dah. Aishhh.. mesin duit tu pakai yang zaman bila punye sampai bleh terlebih harga plak? Geram aku! Lagi tak tahan mane plak datang 25 sen tu? Korang sendiri pun cuba tengok harga buku-buku tu. Mane ade yang 25 sen kan akhir harga tu kan? Daahhh kene tambah duit. Adoihhhh!! Lepas blah dari kaunter tu, aku ngan akak aku rasa tak puas hati lak sebab bleh terlebih harga sampai RM11.25. Kalau 2 3 ringgit tak pe la lagi kan. Kitorang kira pun guna calculator gak. So, kitorang cek balik resit tu. Check punye check, buku yang sepatutnye ada diskaun, cashier tu tak wat diskaun. Buku yang sepatutnye takde diskaun, die buat jadi diskaun. Ini menambahkan lagi kemarahan kami! GRRRRR!!!

So ape yang kami buat? Berlari balik ke arah kaunter tu secara marathon sambil membawa buku-buku yang berat tu, then tengking cashier tuh! Woi! ko reti jadi cashier ke tak? Ko tau tak ko scan salah? Bak balik duit bapak aku RM11.25. Ko scan yang salah, pandai-pandai plak mintak kitorang tambah duit!

Bersambung....

Penulis sedang mengantuk...
Insyaallah akan mati seketika sebentar sahaja lagi...


*Gambar buku-buku yang dibeli akan diupload pada next post....



Comments
8 Comments

8 comments:

  1. dlu ak slalu eja binti gne bt. since ayah ak marah sebab x ikut nama ic time form2, aku tak buat da

    ReplyDelete
  2. at least ko penah diberitahu.. aku mane penah diberitahu........ sedih tul..

    ReplyDelete
  3. xley pakai ke bell?wda tulis bt je seyh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat popular je tak bleh wida... MPH Bookstore tak pasti lak..

      Delete
  4. hihi. yan belum guna lagi voucher tuu..tengah pikir nak beli apa. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli la ensiklopedia ea.. bukan senang nak beli kalau xde duit yang banyak.. betul tak? ^_^

      Delete
  5. mmg mcm tu... la... procedure bank... klau ikutkan xleh terima tu... naseb korg baek... bgus la... lain kali ingat, jagn tulis bt. dah... huhu...

    ReplyDelete
  6. berkurun den tunggu bila nak cerita part 2 punya ni....T.T

    ReplyDelete

Komen Plizz... NunaBella Likes Your Comments...