Minat saya pada seni lukisan dah bermula


Masa Form 3 dulu cikgu seni suruh semua pelajar lukis gambar komik, so nak dijadikan cerita, x ramai yang tau melukis masa tu..cikgu pun suruh kitorang semua lukis berdasarkan tiru komik...
Kelakar la jugak lukisan masing2..hikhik


Nuna pun tak tau melukis jugak.. Tapi bila memikirkan markah lukisan tu akan dimasukkan dalam pointer semester nanti, terpaksalah jugak Nuna melukis.. Nuna selalu buat benda berdasarkan minat.. So Nuna wujudkan minat dulu pada gambar yang Nuna akan lukis.. Akhirnya, jadi jugak lukisan Nuna tu.. Bila hantar kat cikgu, then dapat balik, Nuna dapat markah 8/10...Hikhikhik... Hepy la jugak time tu.. Yela, Nuna tak pernah melukis, tiba-tiba dapat markah cam tu... Great! (puji diri sendiri plak)


Bila balik umah, Nuna tunjukkan lukisan tu pada ibu, abah, kakak, dan adik..Tau tak apa reaksi diorang? Diorang tanye,sape bagi lukisan tu? Diorang tak caye la kalau Nuna yang lukis..Nuna mana pernah melukis..Bila dah gitau, kakak ngan adik plak yang jealous sebab diorang memang tak reti melukis langsung..hekhek...Sejak daripada tu, bila ade keje kakak dan adik Nuna yang melibatkan lukis-melukis, Nuna yang jadi pelukisnya...Hikhikhik...Agak bangga la jugak..


Lama-kelamaan, kerja yang Nuna tak pernah buat ni dah jadi minat dalam diri Nuna.. Kadang-kadang bila Nuna tak tau nak buat apa, Nuna melukis... Seronok jadinye... Sampai sekarang, Nuna still kekalkan lukis-melukis ni sebagai satu hobi dan minat...


So,kesimpulannya kat sini, setiap apa yang kita nak buat, kita tak boleh ikut perasaan negatif macam aku tak pandai la, aku tak suka la, boring la, etc..sebab kalau kita tak cuba, kita tak kan tau hasilnya macam mane nanti..Di samping itu juga, buat la sesuatu benda tu berdasarkan sebab kita ingin cuba sesuatu benda yang baru yang tak pernah kita buat.. Mesti kita akan rasa seronok sebab kita tak pernah cuba benda tu, tapi bila dah buat, seronok and best jadinya...







Sedapnya Cekelet.......

Jeng jeng jeng......... Cekelet tu Coklat la!! Masa zaman kanak-kanak dulu, Nuna panggil cekelet...Comel je bunyi die kan? Hikhikhik... Hari ni Nuna nak kongsikan serba sedikit tentang coklat.. Ada macam-macam jenis coklat...

COKLAT CAIR
Ia diperbuat daripada ekstrak coklat. Keadaannya sudah tentulah dalam keaadaan cair. Biasanya digunakan untuk menambah aroma pada kek, puding atau minuman.

COKLAT PAHIT TANPA PEMANIS
Ia tidak mengandungi gula, sering digunakan dalam masakan dan menjadikan coklat yang terbaik untuk pencuci mulut. Coklat ini juga sering digunakan sebagai coklat masak untuk memebuat kek. Kandungan kalorinya bagi setiap 100 gram adalah 504 kalori.

COKLAT SUSU
Mengandungi 1% koko dan lebih gula. Ia sangat disukai oleh kanak-kanak kerana rasanya yang manis dan lembut. Coklat ini juga mengandungi antioksidan yang rendah.

COKLAT PUTIH
Coklat ini tidak dianggap coklat kerana ia tidak mengandungi koko. Coklat ini diperbuat daripada gula, minyak, coklat susu dan sebagainya. Ia lebih banyak digunakan sebagai hiasan kek.

COKLAT PEKAT
Rasanya lebih pekat, berwarna gelap dan mengandungi bahan kimia yang berkhasiat untuk kesihatan. Tidak mengandungi susu dan 15% adalah coklat cair.

Apa?? Saya Nampak Tua?? TIDAK!!!

Mesti ada antara korang yang pernah alami keadaan cam ni kan? Rasa cam dah malas nak kuar umah pas ni...even untuk pergi kolej yang tak jauh mana pun kan? So, tak kan kita nak berdiam diri je? Kene la cari penyelesaiannya jugak. Yang penting lepas nie kita bleh buat kejutan kat diorang. Mane la tau, kot2 ada yang ingat kita masih di bangku sekolah lagi...ala2 belasan tahun gituh..hikhikhik..Jom baca tips2 yang Nuna nak kongsikan ni...

Miliki penyamar noda
Mulai sekarang, korang kene slalu pakai penyamar noda. Dah namanya pun penyamar, mesti la digunakan untuk menyamar kan? Tapi menyamar dari segi menutup kekurangan kat muka kita la.. So, kat mana tempat2 kekurangan tu? Emm..antaranya mata! Sapukan penyamar noda tu kat sekitar mata untuk menutup masalah gelung hitam di bawah mata. Then, sapukan juga sedikit kat hujung sudut mata, sudut tepi hidung, dan sedikit lagi kat atas bibir. Cuba try! Mesti wajah korang nampak lebih muda dan bertenaga lepas nie..

Seluar 'jeans' satu kemestian
Kenapa? Sebab, die bleh buatkan buttock korang nampak mantap. Hikhikhik...Kalau buttock korang nampak gelebeh or lebih sedap dipanggil kendur, tak ke nanti nampak cam buttock orang yang dah beranak? hihihi...Korang nak ke? Mesti tak nak kan... So, cam ne nak hasilkan ilusi buttock yang nampak mantap? Senang je la...Check dulu label seluar sebelum membelinya. Pastikan seluar tersebut ada keupayaan untuk meregang sekurang-kurangnya 2% (seperti fabrik Lycra). Tapi, seluar yang fabriknya adalah kapas iaitu melebihi 98%, ia akan meregang serta-merta semasa korang pakai dan jugak tak mampu begi sokongan pada buttock korang. Maknanya, jangan la beli jeans yang tinggi kandungan kapasnya iaitu melebihi 98%..

Kene pakai blusher jugak?
Yep, kene pakai! sebabnya, semakin usia meningkat, pipi kita pun akan surut ke bawah. Dah tak comel dah...Make sure korang pilih pemerah pipi rona merah jambu terang. Then, sapukan pada tulang pipi secara menyerong ke atas. Dengan cara ini, pipi korang akan nampak cam 'naik' sikit...

Jangan abaikan bibir!
Tak bermakna korang kene pakai lipstik...Lipstik ang berona gelap atau daripada jenis matte hanya akan menampakkan lagi 'ketuaan' korang..Jangan pakai lipstik tu taw! Gantikan dengan memakai lipgloss yang berwarna pink lembut rona warna cerah yang lain sebab ia bole membuatkan bibir kelihatan "penuh' dan licin, dan penampilan yang lebih muda...


Emmm...sebenarnya banyak lagi, tapi macam tak sesuai je nak dikongsikan sebab kita kan still remaja..tak payah try yang tak kene ngan usia kita...So,try2 lah tips ni..Mesti lepas nie orang akan ingat korang adalah adik masa keluar ngan adik korang..Padahal, korang kakak! hikhikhik...



AUCHHH!! Gigi Saya!!!!

Ada antara kita yang mempunyai masalah gigi.. Disebabkan itu, kita berasa segan untuk menjadi 'pot-pet gurl'..Betul tak? Sekarang ni, Nuna sure sangat, mesti ade antara you all yang keliru sama ada nak pakai braces ke, gigi palsu ke, or implan gigi.. Betul tak? So, Nuna ade maklumat ckit nak share ngan you all.. Tapi tak payah citer panjang2 kot sebab mesti la you all da tau ape kebende tuh..Nuna juz gtau ape risiko2 lau korang pilih cara tu keh?



Kalau pakai pendakap gigi (braces)
Make sure pergerakan gigi korang tak aktif (terlalu jarang) sebab kalau terlalu aktif, boleh menyebabkan akar gigi korang mati n tertembus keluar dari tulang rahang. wuuu..Sakit tuu.. Tapi situasi ni jarang berlaku. Namun, doktor gigi akan sentiasa mengingatkan si pemakai untuk lebih berjaga-jaga..emmm



Kalau pakai gigi palsu
Ada lagi ke yang pakai gigi palsu? Hikhikhik.. Ade kot..tapi yang betul2 xde gigi disebabkan accident la kan..emmm..Biasanya, orang yang pakai gigi palsu akan lebih terdorong untuk merasa loya.. Pemakaian gigi palsu boleh menyukarkan proses berkomunikasi dan membuatkan si pemakai susah nak mengunyah...Maknananya, kalau nak makan, kene tanggalkan dulu la.. hek2..ok gak tuh..xde la gigi tu kotor nanti..betul tak?



Kalau buat implan gigi
Risiko implan gigi ni pulak, tulang rahang boleh menjadi gagal bergabung dengan tiang implan gigi yang ditanam. Punca ni la yang menyebabkan mengapa proses implan gigi gagal dilaksanakan..Better x payah la buat implan gigi..Lau pakai braces kan lawa..hihi