Mana Kakak Mana Adik?

Orite! Ni lah siblings aku. Mesti tak dapat bezakan mana kakak, mana adik kan? Semua sama besar je pasal semua dapat sumber makanan yang sama...Hewhew
Suka nak share gambar-gambar ni sebab saje nak menimbulkan tanda tanya mana kakak mana adik neh? By the way, gambar ni masa on the way to wedding kawan-kawan kakak...

So, feel free to guess... :)




Gwiyomi style...




Gi gi gi gwiyomi... ^_^












Aladdin Night or Arabian Night?

Disebabkan aku di tahun akhir dan semester akhir, aku and the geng join la dinner tu. Last dinner yang kitorang pergi masa Semester 1 dulu. Uhh? 1st sem ngan last sem je join? Ape punye student la kan...

So disebabkan kitorang dah last sem, excited plak nak join dinner. Aku yang ajak diorang over-over malam tu sebab dah last sem kan. Kawan-kawan tue dari yang mula-mula tak nak pergi sebab takde baju, tengok-tengok die plak yang paling over siap menang Queen of The Night lagi. Wahhh... Lebey plak kau ea!

So sape-sape yang tak de inspirasi nak dressing ape untuk dinner korang bertemakan Aladdin night and Arabian night nanti, korang boleh la tengok ape yang kitorang pakai kat bawah ni.

Pendapat aku, nak nampak lebih Arabian, pakai la purdah. TAPI bukan purdah yang amik kain lain, tampal kat muka. Yang tue semua orang boleh buat. Maksud aku, korang guna shawl jugak, tapi bukan yang hujung shawl taw.Yang aku buat tu ikut tutorial dalam youtube. Orang pun ingat kita just amik hujung shawl kan? Tak main la amik hujung shawl wei... Bagi la fesyen ckit... Search kat youtube je la ek! :)



Nampak tak purdah aku tersorok. Dah tersorok siap boleh buat lipatan
loose style plak kat sebelah kiri muka aku.
Itulah fesyen orang kata.
Fesyen la kot kan..
Hekhekhek..


We're gang! Geng ni la yang nakal, tak duduk diam, kaki lepak, kaki jalan and suka giler gelak.




Cik Zura bertemakan Alibaba... Kaki cakap


 Cik Salwa bertemakan Turban style.. Kaki menu



Cik Sue bertemakan Batwing Dress.. Kaki online


Cik Iera bertemakan penari Alibaba.. Kaki kelas


Cik Anis bertemakan Batwing Dress.. Kaki fesyen...


Aku and Faiezy... Kaki?? Gambar mungkin...
Hurmmm...



Cik Anis menang Queen of The Night Rewards.
Tahniah kawan!
Ang pakai apa semua cantik weh...
Tahniah tahniah!











Sekian... Terima kasih kerana membaca entry ini ea...
^_^


Baucar Buku 1 Malaysia vs Baucar Hasani 1 Malaysia

Ok now! Lets straight to the point. Semalam (11/2/2013) aku dah beli buku guna baucar buku yang semua students IPT dapat. Actually aku suka beli buku kat Kedai Buku Hasani. Hasani ni aku tengok kat plastik die ade kat Kulim, Gurun, Seberang Jaya and Sungai Petani je. So aku decide beli kat Carrefour Seberang Jaya, Penang sebab die besar ckit and confirm banyak buku!

Then, sampai je kat kedai buku tu, terpampang die tulis:-

*BBH1M-Baucar Buku Hasani 1 Malaysia

Oo.. ok.. aku paham banner tu kata apa! Then, aku dengar member-member cakap tak semua barang kita boleh beli ngan BB1M volume 2 kali ni. Tak macam hari tu. Printer pun boleh beli guna Baucar tu. Kali ni dah strict sikit. So b4 aku amik barang tak sepatutnya, aku tanya dulu pekerja kat situ. Memang betul pun! Dia kata hanya yang nie je boleh beli:-


Apa korang rasa? Giler ahhh??? Aku dah la dah hujung sem ni. Yang tu je boleh beli? Buku ape lagi nak beli hujung2 sem ni? Semua buku dah ada dah... Memang kecewa gak la... Tapi nak wat cam ne kan.. Nak jual baucar tu, takut kena tindakan pape lak... BR1M volume 2 kali ni cam strict ckit.

So, hampir 1 setengah jam gak la aku cari buku untuk habiskan baucar tu. Hurmmm... Ni la buku yang aku beli tu.


Dah tengok dah semua buku-buku ni. Memang best. Tak rugi gak la aku cari sampai dapat buku yang aku nak. Yang paling best buku Teknik Suntingan Foto and Foto Hebat dengan Kamera Kompak. Buku tu tak de kaitan ngan ilmiah pun sebab die pasal kamera kan? Tapi bila aku tanya buku tu boleh guna baucar tak, die kata boleh. Yeayyyy!!! Hihihi...

So, semua baucar aku baru guna RM150 je.....


And now, aku ada lagi RM100 BB1M, and RM15 sebab percuma baucar Hasani. Thanx Hasani... Baucar Hasani tu boleh beli ape je. Termasuk la alat tulis and majalah. Aku kumpul dulu. Nanti nak guna untuk beli Majalah dara.com every month. Hihihi. Jimat duit lagi!


Habis dah nak cerita... ^_^




Lebih Matang Mungkin?

Sekian lama tak update blog. So now, I would like to show you my new blog interface. Kalau dulu banyak sangat benda comel and hiasan comel, now aku dah tukarkan kepada yang lebih matang sikit. Dari header, sampai la ke widget di blog. Ermmm maybe coz I'm 20+ now? In Sha Allah, lepas ni aku akan selalu update blog and mulakan balik hobi aku aktif berblogging.

Juz to show my old interface and new interface...

Header dari tahun 2010 sampai la sekarang