Setiap manusia tak pernah terlepas dari dugaan Allah Yang Maha Kuasa. DugaanNya diturunkan dengan berhikmah, iaitu seseorang akan menjadi lebih kuat dan tabah dalam menjalani hidup ini.
Apa yang aku nak luahkan di sini adalah untuk berkongsi pengalaman dan mungkin pengajaran yang boleh diambil.
Semua rakan-rakan mengenaliku sebagai Bella, gadis ceria dan sangat suka ketawa.
Permulaan kehidupanku bermula di sebuah pusat beli-belah di Kulim di mana aku bekerja sebagai promoter. Bermula sebagai part time promoter, aku berani mengambil risiko menjadi Promoter dimana semua sales report bulanan aku yang lakukan.
Alhamdulillah, aku bertahan di situ bermula dari Jun 2013 sehinggalah April 2014. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Jun 2013 merupakan permulaan aku untuk berdikari membiayai bayaran bulanan motor Honda Future yang ku ambil menggunakan duit PTPTN.
Kenapa beli motor? Kerana, pada bulan itu aku perlu mmbuat praktikal di tahun akhir pengajianku. Aku belajar di dalam bidang perladangan iaitu Pengurusan Perladangan UiTM Arau, Perlis.
Sepanjang perjalanan ku untuk ke tempat praktikal, hanya motor itu yang ku ada.
Nak mintak motor kat ayah, aku tau ayah tak mampu. Aku mengambil keputusan untuk membuat praktikal dekat dengan rumah, then beli motor, buat kerja part time untuk bayar motor, then gaji yang lebih boleh la dibuat belanja untuk makan minum.
Alhamdulillah, praktikal ku dapat ditamatkan seperti yang ditetapkan.
Dan aku meneruskan pekerjaan ku sebagai Promoter pula iaitu menggunakan basic salary. Jika dulu sebagai part time, gaji mengikut jam yang mereka berikan. Pelbagai brand aku pernah jaga. Sentini-RM3.50/jam. Hardy Armies-RM4.00/jam. Arrow-RM4.40/jam. Smalto-RM4.40/jam.
Pekerjaan ku sebagai Promoter BUM Equipment berakhir pada April 2014 setelah gaji yang diberikan tidak seperti yang ditawarkan. Aku mula berasa gaji ku tak cukup.
Aku masih tidak bersyukur dengan apa yang Allah berikan.
Kebetulan, sebuah kilang di Kilang Lama, Kulim terdapat kekosongan. Aku membuat keputusan menukar pekerjaan ke operator pengeluaran pula. Dengan basic+elaun kedatangan+elaun shif+elaun motor yang diberikan, pendapatan ku mencecah RM1800. Alhamdulillah... Rezeki yang Allah berikan. Bagi kami di sini, macam-macam boleh dibuat dengan RM1800 kerana taraf hidup di sini tidaklah setinggi di KL or Penang.
Terdetik di hatiku untuk mempunyai sebuah kereta pula.
Walaupun hanya sebuah Myvi, Alhamdulillah..Itulah hasil aku bekerja sebagai operator pengeluaran selama 5 bulan. Mula kerja pada May 2014, Oktober 2015 dapat mengeluarkan Myvi SE 1.3 berplat number PL* 3200 manakala motor ku PL* 1200.
Sedikit perkongsian mengenai number. 1200 sebagai tanda harta ku yang pertama (1) dapat ku miliki dan angka 2 adalah kerana aku anak kedua dari tiga beradik. 00 hanyalah sebagai penambah di akhir number kerana aku tidak meminati number plat 2 angka sahaja. Maka jadilah 1200.
Begitu juga dengan kereta. Number 3 sebagai tanda harta yang ketiga dapat ku miliki, digabung dengan aku anak kedua, maka jadilah 3200. Harta kedua ku tidak dapat ditunjuk melalui number iaitu Tablet Samsung Galaxy Tab S 8.4 inches.
Alhamdulillah, semua tu aku dapat miliki dengan hasil titik peluh ku sendiri.
Dengan adanya sebuah motor dan kereta sendiri, ianya sudah cukup mewah bagiku kerana tidak semua gadis-gadis seusia ku mampu memilikinya seawal 20an ini.
Tidak puas dengan itu, aku membuat keputusan untuk menyambung pengajian peringkat ijazah secara pjj. Ramai kawan tertanya-tanya kenapa aku terlalu gigih mencari duit tapi dalam masa yang sama ingin menyambung pengajian juga.
Kawan-kawan, aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Tak semua yang aku inginkan, aku dapat. Sebab itu setelah aku bekerja, ada duit sendiri, aku nak apa yang tertangguh dulu aku dapat buat sekarang.
Zaman diploma dulu aku hanya bergantung pada PTPTN dan elaun makan bulanan. Tidak pernah ku meminta wang dari ayah jika wang tidak mencukupi kerana aku tau, ayah juga tidak punyai wang yang cukup. Jika kakak hulur, ada lah duit aku sebab kakak seorang yang cerdik yang mendapat tajaan biasiswa dari JPA.
Berbalik kepada pekerjaan ku sebagai operator kilang. Setelah beberapa bulan aku bekerja normal shif (7.45am-5.15pm), aku diserap ke shif 12jam pula (7.45am-7.45pm, 7.45pm-7.45am). Alhamdulillah, apabila aku shif malam, sempat jugak aku mengisi masa terluang untuk membuat assignment. Actually aku operator key-in data yang hanya mengadap laptop dan tidak terlibat dengan line production yang berhempas pulas mengejar target. Sebelah malam selalunya kerja tak banyak, so boleh cepat habis. Alhamdulillah, assignment dapat siap on time berkat buat masa kerja. ^_^
-bersambung-
No comments:
Post a Comment
Komen Plizz... NunaBella Likes Your Comments...