Kos Rawatan D&C dan Cuti Sakit (MC)

Assalamualaikum w.b.t.

Entry ni adalah sambungan entry lepas ye. Kalau nak baca, klik older post kat bawah sekali.

Esoknya aku tersedar dari tdo seawal jam 6.00 pagi sebab nurse nak ambik bacaan bp. Aku boleh tdo pun jam 2.00 pagi sebab tak biasa tdo hospital. Dalam fikiran fikir ade hantu tengah tengok kat tingkap la, ada hantu tengah tarik sampah kat tengah laman la. Hahaha. Tapi sebenarnya aku update blog. Pukul 2.00 pagi baru rasa ngantuk.

Kul 10.00 lebih Dr. Viknesh datang lagi ke katil aku. Dia tanya perkembangan darah aku macam mana. Aku cakap dah sikit. 1 pad tu hanya suku je penuh and baru sekali tukar. So dia kata, kalau macam tu dia ajak aku scan untuk last time untuk check darah banyak mana yang tertinggal lagi dalam rahim.

Selepas scan, rahim aku dah clear tapi tak sepenuhnya. Hanya tinggal lebih kurang 0.71 cm je lagi darah tak keluar. Doktor cakap dia akan keluar dalam masa 2 minggu. Kalau selepas 2 minggu masih ada pendarahan, aku perlu ke hospital untuk scan and check balik.

Balik dari scan, Sister datang and cakap aku dah boleh discharge sebab katil penuh and ada dua ke tiga orang lagi pesakit yang baru nak warded. Sister mintak suami aku datang segera untuk settle bil and discharge.

Sementara tunggu suami datang, aku mengemas and bersiap untuk balik. Belum pun habis mengemas, pesakit untuk katil aku dah menunggu kat tepi katil.

Aku dapat MC selama 8 hari termasuk dari mula aku masuk wad. Total aku masuk wad hanyalah 2 hari 1 malam. Total bil aku hanyalah RM15. Kos rawatan D&C aku tak tau berapa. Tapi total semua aku discharge RM15.00 sahaja. Punyalah suami get ready sampai RM300.00. Tapi kene RM15.00 je. Kerajaan weh... Kos perubatan murah... Dont worry ok.

Doktor menasihati aku untuk merancang keluarga dahulu lebih kurang 3-4 bulan sementara menunggu rahim aku sihat sepenuhnya. Tapi kebanyakan orang kata, kalau buat rawatan D&C nanti senang pulak untuk mengandung dengan syarat, pantang elok-elok and pastikan rahim betul-betul sihat sebelum bersama suami.

Doakan semoga kami akan dikurniakan rezeki zuriat lagi pada masa akan datang. Aminnn...

Buat baby mama and papa, kami redha pemergianmu sayang. Tunggu kami di Syurga ya. Doakan mama and papa dari Syurga taw. Mama rindu kehadiranmu di rahim mama sayang. Kami sayangkan kamu. Al-Fatihah.

Sekian.

Assalamualaikum w.b.t.

^_^