Apa?? Saya Nampak Tua?? TIDAK!!!

Mesti ada antara korang yang pernah alami keadaan cam ni kan? Rasa cam dah malas nak kuar umah pas ni...even untuk pergi kolej yang tak jauh mana pun kan? So, tak kan kita nak berdiam diri je? Kene la cari penyelesaiannya jugak. Yang penting lepas nie kita bleh buat kejutan kat diorang. Mane la tau, kot2 ada yang ingat kita masih di bangku sekolah lagi...ala2 belasan tahun gituh..hikhikhik..Jom baca tips2 yang Nuna nak kongsikan ni...

Miliki penyamar noda
Mulai sekarang, korang kene slalu pakai penyamar noda. Dah namanya pun penyamar, mesti la digunakan untuk menyamar kan? Tapi menyamar dari segi menutup kekurangan kat muka kita la.. So, kat mana tempat2 kekurangan tu? Emm..antaranya mata! Sapukan penyamar noda tu kat sekitar mata untuk menutup masalah gelung hitam di bawah mata. Then, sapukan juga sedikit kat hujung sudut mata, sudut tepi hidung, dan sedikit lagi kat atas bibir. Cuba try! Mesti wajah korang nampak lebih muda dan bertenaga lepas nie..

Seluar 'jeans' satu kemestian
Kenapa? Sebab, die bleh buatkan buttock korang nampak mantap. Hikhikhik...Kalau buttock korang nampak gelebeh or lebih sedap dipanggil kendur, tak ke nanti nampak cam buttock orang yang dah beranak? hihihi...Korang nak ke? Mesti tak nak kan... So, cam ne nak hasilkan ilusi buttock yang nampak mantap? Senang je la...Check dulu label seluar sebelum membelinya. Pastikan seluar tersebut ada keupayaan untuk meregang sekurang-kurangnya 2% (seperti fabrik Lycra). Tapi, seluar yang fabriknya adalah kapas iaitu melebihi 98%, ia akan meregang serta-merta semasa korang pakai dan jugak tak mampu begi sokongan pada buttock korang. Maknanya, jangan la beli jeans yang tinggi kandungan kapasnya iaitu melebihi 98%..

Kene pakai blusher jugak?
Yep, kene pakai! sebabnya, semakin usia meningkat, pipi kita pun akan surut ke bawah. Dah tak comel dah...Make sure korang pilih pemerah pipi rona merah jambu terang. Then, sapukan pada tulang pipi secara menyerong ke atas. Dengan cara ini, pipi korang akan nampak cam 'naik' sikit...

Jangan abaikan bibir!
Tak bermakna korang kene pakai lipstik...Lipstik ang berona gelap atau daripada jenis matte hanya akan menampakkan lagi 'ketuaan' korang..Jangan pakai lipstik tu taw! Gantikan dengan memakai lipgloss yang berwarna pink lembut rona warna cerah yang lain sebab ia bole membuatkan bibir kelihatan "penuh' dan licin, dan penampilan yang lebih muda...


Emmm...sebenarnya banyak lagi, tapi macam tak sesuai je nak dikongsikan sebab kita kan still remaja..tak payah try yang tak kene ngan usia kita...So,try2 lah tips ni..Mesti lepas nie orang akan ingat korang adalah adik masa keluar ngan adik korang..Padahal, korang kakak! hikhikhik...