Janin kami tak menjadi rupanya!

Assalamualaikum w.b.t.

Entry ni sambungan previous entry yang aku janji nak share. Nak baca previous entry, klik kat older post bawah sekali.

Kita straight to the point la k! Malas pulak aku nak taip panjang-panjang sebab aku tengah warded ni. Boring punya pasal, aku update la kejap blog ni.

So, masa kandungan aku 9 minggu 5 hari, aku pegi jumpa doktor and buka buku pink. Lepas timbang berat badan and check tinggi apa semua tu, BMI aku lebih plak dah. Lebih 1 je pun. Berkira betul nurse ni! Hehehehhh.

Tak pasal-pasal kena minum air gula plak hari Selasa akan datang tuh.

So, aku datang hari Selasa tu untuk minum air gula. Lepas dah minum, kena buat urine test, then jumpa doktor pulak.

Ok kat sini la mula segala-galanya.

Even kandungan baru 9 minggu, doktor tak nak scan okeh? Taknak scan! Seriously tak scan sebab dia yakin, janin aku kecik lagi and tak nampak pape. Ok aku accept je la sebab aku ni dengar je la apa doktor cakap. Tak pernah jadi ibu pun wehhh sebelum ni. Aku assume betul la kot apa doktor kata. Then, doctor bagi date lagi 2 minggu untuk datang scan.

Now, cukup 2 minggu aku datang ikut tarikh doktor bagi untuk scan. Macam biasa, pergi bahagian ibu dan anak, jumpa nurse bertugas, pergi amik urine test, last skali jumpa doctor untuk scan.

Sampai turn aku, aku and suami masuk jumpa doctor, then doctor suruh baring untuk scan. Time ni kandungan aku dah 11 minggu 1 hari. So, time ni suami excited sangat nak tengok baby kami.

Scan punya scan, doctor kata tak nampak baby. Kantung je ade. Baby tak nampak langsung. Doktor pun boleh guna ayat kot dengan rasa. "Yang ni kot janin awak. Dia menyorok. Eh, tapi takkan yang ni. Saya rasa yang ni kot bla bla bla.. Yang ni kot bla bla bla..." Panas hati giler weh.... Doktor tu perempuan. Kot ye pun doktor tak pakar bab-bab janin dan kandungan ni, ngaku je la. Tak payah nak kot kot kot. Sakit hati ibu yang tengah mengandung ni taw.

So doctor still kata janin awak ni kecik lagi kot. Mungkin kantung besar, tapi janin kecik. Logik ke weh? Aku tak tau la k. Sebab setahu aku hasil google search yang selalu aku buat, kandungan 10 minggu ke atas dah boleh nampak bentuk manusia complete.

Lepas aku turun katil, hadap lagi doktor yang tak habis-habis kot-kot tuh, dia bagi lagi date untuk datang scan lagi 2 minggu.

Aku tak sedap hati dah. Apasal tak nampak langsung? Dah 11 minggu, takkan still tak nampak? Something wrong somewhere nih!

Esok tu aku datang kerja macam biasa tapi dalam otak tengah laju fikir pasal baby. Terus tergerak hati whatsapp suami ajak dia jumpa pakar. Malam tu lepas dah makan, mandi apa semua, gerak pergi Pakar Perbidanan dan Pemandulan Chang & Koh.

Lepas giliran dipanggil, cerita pasal problem kandungan ni. Bila dah pakar, memang betul lah pakar kan sebab terus dia cakap, "I nak scan U dari bawah." Dia tak cakap pulak kenapa tak nak scan atas perut je.

Naik atas katil, masuk je scanner kat bawah, terus dia cakap camni kat aku and suami. "I nak terus terang sama U, ini berita memang sangat bad news. You tengok ini janin. Kantung you usia sudah 11 minggu, tapi janin you saiz 6 minggu punya. Banyak kecik. Sepatutnya janin juga sama besar dengan kantung. No any heartbeat I dengar. Ini janin sudah tidak jadi."

Turun katil, dia consult kami. Dia kata kenapa hospital kerajaan tak boleh detect benda-benda macam tu. Siap bagi tarikh untuk datang lagi 2 minggu scan untuk tengok perkembangan janin. Benda ni bahaya biarkan lama-lama janin yang dah mati. Nanti boleh dapat penyakit baru. So dia advise kami untuk refer balik doktor kerajaan tu untuk ceritakan hal sebenar.

Selesai bayar bil, kami masuk ke kereta.

Suami call ibu mentua and mak ayah aku cerita hal sebenar. Aku kat sebelah dah tersedu-sedu menangis. Baby kami tak menjadi rupanya. Belum rezeki kami. Tapi kenapa Klinik Kerajaan tak boleh detect awal benda ni!! Kenapa Klinik Kerajaan tak serious nak buat check up!!

Aku ceritakan pulak kat kawan-kawan group whatsapp situasi aku. Diorang semua suruh aku refer Emergency sebab aku keguguran. Nak buat apa tangguh-tangguh lagi cuci rahim sedangkan janin dah mati 6 minggu lepas. Bahaya kat rahim aku untuk masa akan datang.

Ok esoknya aku terus pergi Emergency Hospital kerajaan.

Time register diorang takde pun ambil serious kes aku padahal aku dah bagi buku pink and aku cakap aku keguguran.

Sebabnya, aku takde bleeding. Setitis pun aku takde bleeding.

So diorang hanya letakkan aku di group Zon Hijau iaitu dikira sebagai pesakit luar.

Ok fine lah, sebab aku pun kuat lagi and tak rasa sakit pape yang berkaitan nak turun darah ke apa, aku terima je la diorang anggap kes aku tak serious. Sampai turn aku, suami tak dibenarkan masuk. Doktor buat check up kat aku and aku ceritakan satu per satu, sikit pun tak tinggal pasal kes aku.

You know what weh???

Doctor scan perut aku sekali lagi, dia pun cakap benda yang sama macam Klinik Kerajaan tu cakap. Kantung ada, janin takde. Disebabkan aku takde bleeding pape, dia just bagi ubat and ikut je lah appointment yg Klinik Kerajaan tu bagi untuk datang scan lagi 2 minggu. Dia still tak nak warded aku atas kes keguguran sebab aku tak bleeding. Tu je weh!

Ok aku balik dengan hati terguris lagi. Sambil jalan ke kereta, sambil sembang-sembang ngan suami, aku sorokkan kesedihan aku. Padahal bergenang habis dah mata aku. Kenapa la dengan perkhidmatan kerajaan jadi camni. Seriously teruk sangat!

Next entry aku nak update pasal pengalaman aku warded and bleeding teruk.

Mengantuk dah ni.

Salam. ^_^

Bunting Pelamin

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama tak coret kat sini.

Alhamdulillah aku bertemu jodoh akhirnya setelah bercinta dan putus berulang kali. Itu lah yang dinamakan tiada jodoh dan jodoh itu sememangnya yang ditakdirkan Allah. Allah Maha Mengetahui siapa yang lebih layak untuk menjadi pasangan kita hingga ke Syurga. Syukur Ya Allah atas kurniaanMu.

Erm how to start ye.

Ok camni, di saat pasangan-pasangan lain bertahun-tahun menunggu peluang untuk mendapat khabar gembira isterinya hamil, begitu juga kami.

Ceritanya bermula ketika aku membelek-belek kalendar period ku (My Calendar kat playstore ada) yang sekian lama tak dibelek sebab semenjak ade suami kat sebelah ni, jarang-jarang pulak teringat nak tengok bila tarikh next period.

Bukan nak kata leka ngan suami, tapi lain kehidupan lepas kawen ni. Masa banyak dihabiskan bersama suami. Banyak masa terluang diisi dengan senda gurau antara kami selain buat kerja rumah sama-sama, masak sama-sama, jemur kain sama-sama, lipat kain pun sama-sama! Sape tak bahagia dapat suami macam tu? Melayan je karenah isteri yang kebudak-budakan. Syukur yang amat dapat anugerah suami macam tu weh! Alhamdulillah!

Ok sambung citer balik.

Lepas aku leka belek kalendar period, aku tertengok tarikh bulan tu. Ditenung-tenung, diingatkan balik, eh! Sepatutnya 2 hari lepas aku period. Sekarang dah lambat 2 hari! Aku mula la fikir macam-macam.

Aku ni sakit ke? Lepas kawen ni hormon tak stabil ke sampai tak period ni? Takkan kot aku pragnant. Baru 2 minggu nikah takkan lekat dah? Hahaha. Tergelak aku dalam hati sorang-sorang. Memang period aku tak pernah lari dari kalendar tu. Regular period!

So aku cakap ngan suami, "sayang rasa kita bakal ada baby lah. Sayang dah lewat period ni". Suami tak percaya selagi takde bukti. "Ok fine, esok yunk balik kerja yunk belikan UPT untuk sayang eh. Kita tengok..."

So esok tu balik kerja, suami belikan UPT. Aku tak test on-the-spot sebab aku baca kat Google, UPT paling tepat resultnya bila kita test pagi-pagi lepas bangun tidur.

Esoknya pagi-pagi aku bangun, biasa aku masak dulu untuk bento suami sebab suami pernah suarakan, dia tak puas kalau makan kat kedai. Ambik banyak kena banyak keluar duit. So maknanya suami jenis kuat makan la. Tetap tak puas kalau ambik banyak mana pun. Hahaha.

So aku bangun tidur, terus pergi buat UPT. Alhamdulillah naik 2 line weh!! Baru 2 minggu nikah, lekat dah?? Hihihi. Cepatnya rezeki Allah bagi. Alhamdulillah! Bunting pelamin orang kata. So aku biar je la atas meja. Biar suami tengok sendiri. Lepas suami bangun tidur, dia pun tengok sendiri. Dah la dia tak nak percaya, boleh pulak tanya aku ulang-ulang. Sabar je lah aku ni pun. Malas layan. Sampai buat tak tau apa dia tanya.

Aku cakap ngan dia, yang ni awal sangat kita test. Better 2 weeks after late period patutnya. Biasalah... Inai kat tangan pun tak habis lagi, tiba-tiba mengandung. Husband and wife mana tak excited kan?

Start dari tu aku yang excited lebih rasanya. Tapi aku masih kawal excited tu sebab orang cakap kita mengandung jangan dijaja-jaja, dicanang-canang takut sekelip mata Allah tarik.

So bila duduk saja-saja, aku rajin Google pasal perkembangan janin. Selalu gak aku kira kandungan aku dah berapa minggu sebab nak tengok apa perkembangan janin aku. Yelah kita nak tengok, dia kat dalam perut. Mana nampak apa-apa. Yang tu je lah cara aku nak tau perkembangan dia.

Nak tau tak macam mana aku boleh kira kandungan aku? Padahal aku tak jumpa doktor lagi and tak de pun lagi buku merah! Just percaya pada result UPT je.

Cara kira dia, korang kena ingat tarikh hari pertama period korang bulan lepas. (Yang regular period je ye). Sape yang irregular period, seriously jangan guna cara ni. Nanti tak tepat.

Aku pun kira punya kira, time tu usia kandungan aku baru 3 minggu nak masuk 4 minggu. Kecik sangat-sangat haa. Tapi itu lah. . . 1st time jadi mommy-to-be ni semua benda nak di Google nya. Macam-macam nak tau. Itu dikira excited ke weh? Huhuhu.

Actually aku nak ceritakan pasal keguguran aku. Tapi entry ni pun dah panjang berjela, so aku tukar la tajuknya ke Bunting Pelamin. Hahaha. Next entry aku ceritakan pasal pengalaman aku keguguran pulak erk! Sila klik newer post.

Salam.