dia pernah singgah di hatiku

Banyak benda berlaku selepas masuk ke dunia pekerjaan. Pengalaman paling tak boleh dilupakan apabila diterima bekerja di sebuah kilang di Kulim. Di situ, aku baru mengenali dunia pekerjaan yang sebenar, dimana pelbagai ragam dan karenah manusia yang terpaksa dihadapi demi mencari rezeki.

Jodoh pertemuan di tangan Allah. Itulah ungkapan terbaik untuk aku memulakan kisah perkenalan aku dengan dia. Bermula dengan usikan dan gosip rakan-rakan, maka bermulalah cerita kami.

Cukuplah aku perkenalkan dia sebagai Hamba Allah. Seorang technician yang pendiam dan pemalu tetapi pemerhati yang hebat. Sejak mula kakinya melangkah masuk ke department kami, aku tak pernah tergerak hati or terlintas di fikiran untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Apakan daya, rakan-rakan sekerja lebih pandai mencucuk jarumkan kami ^_^ .

Seperti kata orang, permulaan berkawan semuanya indah belaka sehinggakan perkara buruk dianggap sebagai sifat comel (ahaks). Yup, memang ramai yang menyokong kami atas alasan kami secocok (berkulit putih, sifat kasar-lembut, pendiam-becok, garang-penyabar, abang-adik). Sehinggakan, apabila dijemput ke sesuatu majlis or kenduri, mereka hanya pesankan kepada salah seorang antara aku dan dia untuk sama-sama menghadiri majlis.

Setiap perhubungan pasti diuji olehNya untuk mengukuhkan lagi perhubungan kami. Kebiasaannya kami bergaduh atas sebab-sebab simple. Biasalah kan, orang bercinta. Tak call pun kena marah, tak kejutkan bangun tdo kene marah, tak report kene marah, mesej orang lain lagi la kene marah. Kadang-kadang clash n sambung balik tu dah jadi biasa. So, nak dijadikan cerita, kami clash jugak akhirnya secara baik, dan masing-masing diam tanpa sebarang berita. Tapi kami still berjumpa atas alasan sebagai kawan. Yelah, nak lupa bukan mudah. So we slow and steady je.

Ok, apa yang tak boleh lupa and lawak pasal dia? Orangnya tenang. Any problems he can handle by himself. Bila dah settle baru la nak cerita kat aku. So, nak marah pun tak guna. Benda dah settle. Betul tak? Then, dia seorang yang jelez dan sangat terlalu+terlampau jelez pada ustaz-ustaz muda and adik-adik muda yang pandai menyampaikan dakwah sebab dia masih tak boleh sebegitu. Huiii. Aku ni macam tak layak pulak jadi girlfriend die. Erm perkara lawak pulak....tak payah la cerita. Takut jadi aib pulak kan. ^_^

So selama perkenalan kami, 1 je perkara gila yang orang lain tak mungkin buat, tapi dia dah buat. Erm actually, masa kami clash aku dah mendapat pengganti and merancang untuk berkahwin. Berita tu aku sampaikan pada dia. Tak ku sangka, tak ku duga, esok pagi nya dia datang dengan Dinar Emas 2gram untuk melamar aku. Sebabnya, masih sayangkan aku and tak nak aku menjadi milik orang lain. Allahu... Kenapa saat aku minta dia berbuat demikian suatu ketika dahulu, sedikit pun tak dihiraukan. Kenapa lepas aku mendapat pengganti semua ni baru nak terjadi. Nasi sudah menjadi bubur. Biarkan yang patah tumbuh yang hilang berganti. Yang sedia ada, jaga sebaik-baiknya.

Benarlah kata orang, hati manusia adalah organ dimana terkandung jiwa dan perasaan. Jiwa dan perasaan boleh berubah-ubah. Selepas semuanya terjadi, kami yakin ada hikmahnya. Positifnya, kami berusaha perbaiki diri ke arah lebih baik. Yang mana terjadi, berusaha untuk tidak mengulanginya lagi. Negatifnya, hanya Allah yang tahu.

Alhamdulillah, dia pun telah mendapat pengganti. Semoga itulah jodoh terbaikmu. Allah temukan kita dengan orang yang salah sebelum kita benar-benar ditemukan dengan jodoh kita. Semoga berbahagia. Doakan perjuanganku pula untuk melayari alam pengajian dan mendapat pekerjaan yang terbaik untuk hidupku. Amin.