Bunting Pelamin

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama tak coret kat sini.

Alhamdulillah aku bertemu jodoh akhirnya setelah bercinta dan putus berulang kali. Itu lah yang dinamakan tiada jodoh dan jodoh itu sememangnya yang ditakdirkan Allah. Allah Maha Mengetahui siapa yang lebih layak untuk menjadi pasangan kita hingga ke Syurga. Syukur Ya Allah atas kurniaanMu.

Erm how to start ye.

Ok camni, di saat pasangan-pasangan lain bertahun-tahun menunggu peluang untuk mendapat khabar gembira isterinya hamil, begitu juga kami.

Ceritanya bermula ketika aku membelek-belek kalendar period ku (My Calendar kat playstore ada) yang sekian lama tak dibelek sebab semenjak ade suami kat sebelah ni, jarang-jarang pulak teringat nak tengok bila tarikh next period.

Bukan nak kata leka ngan suami, tapi lain kehidupan lepas kawen ni. Masa banyak dihabiskan bersama suami. Banyak masa terluang diisi dengan senda gurau antara kami selain buat kerja rumah sama-sama, masak sama-sama, jemur kain sama-sama, lipat kain pun sama-sama! Sape tak bahagia dapat suami macam tu? Melayan je karenah isteri yang kebudak-budakan. Syukur yang amat dapat anugerah suami macam tu weh! Alhamdulillah!

Ok sambung citer balik.

Lepas aku leka belek kalendar period, aku tertengok tarikh bulan tu. Ditenung-tenung, diingatkan balik, eh! Sepatutnya 2 hari lepas aku period. Sekarang dah lambat 2 hari! Aku mula la fikir macam-macam.

Aku ni sakit ke? Lepas kawen ni hormon tak stabil ke sampai tak period ni? Takkan kot aku pragnant. Baru 2 minggu nikah takkan lekat dah? Hahaha. Tergelak aku dalam hati sorang-sorang. Memang period aku tak pernah lari dari kalendar tu. Regular period!

So aku cakap ngan suami, "sayang rasa kita bakal ada baby lah. Sayang dah lewat period ni". Suami tak percaya selagi takde bukti. "Ok fine, esok yunk balik kerja yunk belikan UPT untuk sayang eh. Kita tengok..."

So esok tu balik kerja, suami belikan UPT. Aku tak test on-the-spot sebab aku baca kat Google, UPT paling tepat resultnya bila kita test pagi-pagi lepas bangun tidur.

Esoknya pagi-pagi aku bangun, biasa aku masak dulu untuk bento suami sebab suami pernah suarakan, dia tak puas kalau makan kat kedai. Ambik banyak kena banyak keluar duit. So maknanya suami jenis kuat makan la. Tetap tak puas kalau ambik banyak mana pun. Hahaha.

So aku bangun tidur, terus pergi buat UPT. Alhamdulillah naik 2 line weh!! Baru 2 minggu nikah, lekat dah?? Hihihi. Cepatnya rezeki Allah bagi. Alhamdulillah! Bunting pelamin orang kata. So aku biar je la atas meja. Biar suami tengok sendiri. Lepas suami bangun tidur, dia pun tengok sendiri. Dah la dia tak nak percaya, boleh pulak tanya aku ulang-ulang. Sabar je lah aku ni pun. Malas layan. Sampai buat tak tau apa dia tanya.

Aku cakap ngan dia, yang ni awal sangat kita test. Better 2 weeks after late period patutnya. Biasalah... Inai kat tangan pun tak habis lagi, tiba-tiba mengandung. Husband and wife mana tak excited kan?

Start dari tu aku yang excited lebih rasanya. Tapi aku masih kawal excited tu sebab orang cakap kita mengandung jangan dijaja-jaja, dicanang-canang takut sekelip mata Allah tarik.

So bila duduk saja-saja, aku rajin Google pasal perkembangan janin. Selalu gak aku kira kandungan aku dah berapa minggu sebab nak tengok apa perkembangan janin aku. Yelah kita nak tengok, dia kat dalam perut. Mana nampak apa-apa. Yang tu je lah cara aku nak tau perkembangan dia.

Nak tau tak macam mana aku boleh kira kandungan aku? Padahal aku tak jumpa doktor lagi and tak de pun lagi buku merah! Just percaya pada result UPT je.

Cara kira dia, korang kena ingat tarikh hari pertama period korang bulan lepas. (Yang regular period je ye). Sape yang irregular period, seriously jangan guna cara ni. Nanti tak tepat.

Aku pun kira punya kira, time tu usia kandungan aku baru 3 minggu nak masuk 4 minggu. Kecik sangat-sangat haa. Tapi itu lah. . . 1st time jadi mommy-to-be ni semua benda nak di Google nya. Macam-macam nak tau. Itu dikira excited ke weh? Huhuhu.

Actually aku nak ceritakan pasal keguguran aku. Tapi entry ni pun dah panjang berjela, so aku tukar la tajuknya ke Bunting Pelamin. Hahaha. Next entry aku ceritakan pasal pengalaman aku keguguran pulak erk! Sila klik newer post.

Salam.







No comments:

Post a Comment

Komen Plizz... NunaBella Likes Your Comments...