Sedapnya Cekelet.......

Jeng jeng jeng......... Cekelet tu Coklat la!! Masa zaman kanak-kanak dulu, Nuna panggil cekelet...Comel je bunyi die kan? Hikhikhik... Hari ni Nuna nak kongsikan serba sedikit tentang coklat.. Ada macam-macam jenis coklat...

COKLAT CAIR
Ia diperbuat daripada ekstrak coklat. Keadaannya sudah tentulah dalam keaadaan cair. Biasanya digunakan untuk menambah aroma pada kek, puding atau minuman.

COKLAT PAHIT TANPA PEMANIS
Ia tidak mengandungi gula, sering digunakan dalam masakan dan menjadikan coklat yang terbaik untuk pencuci mulut. Coklat ini juga sering digunakan sebagai coklat masak untuk memebuat kek. Kandungan kalorinya bagi setiap 100 gram adalah 504 kalori.

COKLAT SUSU
Mengandungi 1% koko dan lebih gula. Ia sangat disukai oleh kanak-kanak kerana rasanya yang manis dan lembut. Coklat ini juga mengandungi antioksidan yang rendah.

COKLAT PUTIH
Coklat ini tidak dianggap coklat kerana ia tidak mengandungi koko. Coklat ini diperbuat daripada gula, minyak, coklat susu dan sebagainya. Ia lebih banyak digunakan sebagai hiasan kek.

COKLAT PEKAT
Rasanya lebih pekat, berwarna gelap dan mengandungi bahan kimia yang berkhasiat untuk kesihatan. Tidak mengandungi susu dan 15% adalah coklat cair.

No comments:

Post a Comment

Komen Plizz... NunaBella Likes Your Comments...