Kehidupanku Part 2

Setelah hampir 10 bulan aku memegang title production operator, aku ditawarkan ke position Line Leader selepas terkantoi aku ada diploma. Tapi belum confirm lagi. Masih tempoh percubaan selama 6 bulan.

Orang mungkin nampak aku hebat, belum sampai setahun dah di offer ke Line Leader. Tapi, itu adalah tindakan yang aku rasa menyesal sampai saat entry ini ditaip. Kenapa?

Masa aku operator, aku boleh bekerja shif dan RM1800 confirm ada dalam tangan. Even sudah ditolak duit kereta, parents and expenses, aku masih boleh menyimpan dan enjoy dengan saki baki duit gaji tu. (Jangan pandang rendah pada operator pengeluaran ok?)

Tapi...setelah aku ditukarkan ke shif normal, aku hanya memegang RM900 sahaja. TIADA OT. Selepas ditolak duit kereta dan parents, hanya ada RM50 untuk survive sampai hujung bulan.

Aku jatuh terduduk! Aku hilang arah! Bagaimana dengan duit minyak? Makan? Belanja? Semua tu bermain di fikiran ku.

Allah benar-benar menguji aku. Aku mula hilang kekuatan untuk menghadapi hidup ini. Kerja yang ku lakukan tidak sesempurna dulu. Mataku mungkin mengadap laptop, hati dan fikiran ku menerawang memikirkan nasib aku pada bulan-bulan yang mendatang.

Walaupun aku mempunyai ibu dan abah, mereka juga tidak cukup duit untuk menanggung aku pula. Mereka juga mempunyai komitmen untuk dibayar.

Aku hilang mood untuk bekerja kerana walaupun aku balik lewat dari rakan-rakan lain, OT ku tidak dibayar. Hanya letih dan stress yang ku dapat.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk resign tanpa sebarang notis pada awal April 2015.

Setelah itu, pengajianku tertangguh. Sehinggakan ke saat luahan ini dikongsi, pengajian ku masih tertangguh. Entah bila akan ku sambung, masih belum pasti.

Aku merupakan pelajar PJJ tahun pertama semester kedua Ijazah Pengurusan Sumber Manusia, Open Universiti Malaysia Kampus Seberang Jaya, Penang.

Sebab kenapa aku memilih OUM adalah kerana dekat dengan rumah, waktu belajar yang fleksible, yuran pengajian yang boleh dibayar secara ansuran bulanan tanpa meminjam dari insttitusi kewangan, dan universiti yang tiada keraguan dari segi pengiktirafan MQA.

Setelah aku kehilangan pekerjaan, segala-galanya merubah hatiku. Aku tidak memikirkan lagi masa depanku. Belajar aku ketepikan. Kereta aku ketepikan. Pelbagai tempat aku tinggalkan resume ku untuk mencari pekerjaan baru. Tiada 1 pun lagi pekerjaan yang ku dapat.

Dimana silapku sehinggakan Allah menguji ku begini? Walaupun aku sudah 23 tahun, aku masih takut menghadapi ujian-ujian Allah yang sebegini. Aku masih belum bersedia. Aku masih merasakan aku adalah kanak-kanak kecil yang belum kenal erti kehidupan.

Orang kata, tanda Allah menyayangi dan mengasihi hambaNya adalah Dia menurunkan ujian untuk menguji sejauh mana kekuatan kita untuk menghadapinya.

Dan tanda Allah merindui kita adalah apabila dia menguji kita dengan sedahsyat ujian sehinggakan kita tidak mampu untuk meneruskan kehidupan. Allah ingin kita mengadu kepadaNya. Allah ingin kita mengadapNya. Allah ingin kita bersujud kepadaNya. Allah ingin kita menangis kepadaNya.

Alhamdulillah, aku adalah salah seorang insan yang dirindui Allah. ^_^

Aku yakin, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

-bersambung-

No comments:

Post a Comment

Komen Plizz... NunaBella Likes Your Comments...